Friday, January 23, 2015

KENALI DIRI

Percaya atau tidak mengenal diri ini boleh membawa kita melangkah ke dunia sebenar, secara ilmiah mahupun secara batin. Kedua-dua ini boleh digarap sekiranya bertemu dengan guru yang betul. Secara intro ingin saya membayangkan kenali diri ini juga bermaksud kenali potensi diri.

Sebelum didatangkan ke dunia lagi, catatan perjalanan hidup kita telah tertulis, namun setelah terlepas genggaman semasa bayi, semua manusia akan melupakan semua perkara yang telah dipesan, namun yang tinggal hanyalah fitrah. Fitrahnya manusia begini..begitu...dan lain-lain.

Terdapat amalan baik yang boleh diamalkan supaya hati kita sentiasa bersih dan telus pandangan tanpa gangguan kepada benda-benda yang tidak berfaedah contohnya seperti berzikir, bersholawat, dan berpuasa.

Ibu bapa pencorak anak-anak. 

Mari kita rasai sedikit situasi anak-anak yang tidak berkesempatan untuk bertemu apalagi menerima didikan awal daripada manusia yang bergelar ibu dan ayah. Adakah? Bagaimanakah? Banyak persoalan yang  menjadi tanda tanya. Jadi sekiranya anda adalah seorang ibu atau ayah, marilah kita memberikan pendidikan yang baik (bukan bermaksud mahal) kepada anugerah Allah yang telah diamanahkan ini dengan sebaiknya, dan ingatlah pendidikan yang paling berkesan adalah melalui contoh atau tauladan.(kerana anak-anak sentiasa memerhati, merekod, dan juga menganalisis setiap perkara yang mereka jalani semasa tinggal dengan anda)

Tetapi seawal usia ini, sekiranya terjaga peribadi, dengan izin-Nya jugalah, anak-anak ini akan membesar dengan warna-warna pelangi.

Psikologi manusia.

Nampaknya semua perkara memang ada tujuan dan matlamat. Allah telah memberi jalan supaya kita sedar atau boleh kembali kepadaNya. Bukan kerana kasih-sayang tidak dicurahkan menjadikan seorang anak menderhaka, dan juga bukan kekerasan yang menyekat seorang dari berjaya. Ada antara kita yang merasakan tidak sempurna atau merasa kurang berbanding orang lain, tetapi yakinlah, semua makhluk ada kelebihan masing-masing. Kembali kepada fitrah kerana itu yang telah dijanjikan.

Dibawah adalah contoh ujian psikologi yang membolehkan kita mengenal tingkahlaku sendiri. Ianya melibatkan soalan mengenai bagaimana cara kita bertindak, berfikir dan membuat keputusan.

Ujian personality

Setelah anda berjaya mengenal sebahagian daripada diri anda, langkah seterusnya pastilah mengilap bakat. Sekiranya bakat ini telah dikenalpasti sejak awal usia, mungkin ketika kanak-kanak lagi, contohnya berlakon, menyanyi, bermain alat muzik tetapi masih belum terlambat lagi untuk mengorak langkah walupun mungkin ada antaranya yang sudahpun bekerjaya.

Ini antara saranan berdasarkan kajian ujian personality yang telah anda cuba diatas.
Kerjaya yang sesuai dengan Personaliti anda

Diri sendiri sebaik-baik pemimpin.

Dengan perkembangan ilmu, kita telah dilorongkan untuk mempelajari suatu ilmu secara khusus dan mendalam. Ada kebaikan dan ada keburukkannya, contohnya;
1) Seorang itu akan menjadi pakar kerana beliau khusus untuk sesuatu bab.
2) Sekiranya tidak terdorong untuk ambil tahu, pakar tadi akan lemah dibidang yang lain.
tidak perlu dihurai panjang kerana mungkin cetusan ini membawa anda kepada contoh-contoh lain.

Seorang yang dikurniakan dengan banyak bakat sangat kurang didengari. Bahkan sekiranya dipaksa, akhirnya akan memakan diri. Buka tangan dan lihat 5 jari yang ada. Setiap satu membawa maksud berlainan apabila ia ditunjukkan sebagai isyarat. Meriah bermasyarakat ialah apabila hidup ini lengkap dengan rakan taulan yang berbeza personaliti.

Seperti jari tangan tadi, sekiranya disatukan ianya akan nampak gagah.

Kenali diri anda, DIMANA kekuatan anda. Serlahkan dan gilap sehingga membawa kearah kejayaan. Evolusi pendidikan memudahkan lagi proses kenal diri ini dimana ada antara servis yang disediakan bermula seawal usia bayi. Sistem pembelajaran juga membolehkan anak-anak mengetahui ke arah manakah mereka patut pergi. Semasa ini, banyak kajian-kajian sudah menjadi Public Domain dan boleh menjadi rujukan kepada ibubapa.

Kesimpulannya, semua orang boleh berjaya menggunakan potensi diri masing-masing untuk berjaya.

Dibawah adalah contoh orang yang paling berpengaruh di dunia.
Senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia


Ada antara orang yang berjaya tadi dianggap tidak siuman kerana cuba menghasilkan suatu yang berbeza. Tetapi kegilaan tersebut dapat ditukar dengan kejayaan yang sangat membanggakan.






Wednesday, January 21, 2015

Daftarlah sebagai Askar Wataniah

Askar Wataniah

Mengikut sejarah penubuhan, wataniah berasal dari perkataan "Vatan" iaitu nama kumpulan gerila di Itali yang diketuai oleh Kamal Ataturk.

Menyertai askar wataniah adalah perkara yang boleh diambil kira sebagai pilihan yang bijak kerana anda telah menyahut seruan negara walaupun hanya sebagai askar simpanan.

Antara tujuan penubuhan askar wataniah dan mengapa ianya masih diteruskan adalah menyediakan tenaga pertahanan yang mencukupi dengan merekrut secara Part Time. 

Bagaimana mahu mengenali adakah Kem Tentera di kawasan anda menerima pendaftaran Askar Wataniah? 

layari;
Senarai Kem Askar Wataniah

Kebiasaannya kaedah penerimaan pendaftaran baru adalah seperti berikut;

Datang ke mana-mana kem Askar Wataniah -> Isi borang-> Jalani pemeriksaan kesihatan spt Ujian darah dan Xray (bergantung kepada keperluan pihak medik semasa) di RSAT yang ditetapkan -> Sekiranya anda lulus pemeriksaan kesihatan serahkan borang kembali ke Kem anda mendaftar dan sertakan sijil2 berkenaan -> Tunggu sehingga mendapat kelulusan -> Bersedia menjalani latihan

Faedah kepada anda apabila menyertai Askar Wataniah;

1) Mencorak peribadi, spt berdisiplin, tegas, yakin.
2) Mendapat manfaat spt insuran dan lain-lain hal sama seperti askar tetap.
3) Menyihatkan badan, dengan menjalani latihan.
4) Pengalaman menjalani aktiviti sukarelawan.

Tempoh;

1) Seperti termaktub, tempoh anda berkhidmat sebagai askar wataniah/ sukarelawan ini tamat setelah 5 tahun dan sekiranya anda masih layak dan berminat, anda perlulah memperbaharui tempoh itu dengan pihak Kem selagi masih dalam tempoh perkhidmatan.

Sumber ; http://hm-aw.blogspot.com/2009/12/malaysian-army-rank-and-insignia.html


Tuesday, January 20, 2015

Kencing Tikus

Selamat Sejahtera dan Have A Good Day,

Walau apa juga situasi anda ketika ini, yang pastinya perlukan input I.L.M.U.

Kencing tikus ataupun dalam English -> Rat-Borne Desease.(Penyakit bawaan tikus)


  • Kencing itu hanyalah medium untuk penyebaran penyakit. tikus dan sebenarnya ada pelbagai cara lain seperti menghidu najis tikus, terkena bangkai tikus yang berpenyakit,  bahkan sekiranya terkena bulunya juga boleh menyebabkan kulit gatal-gatal.


Apa yang ditakuti dengan kencing tikus?


  1. Kencing adalah berbentuk cecair dan membolehkan ia larut dan mengalir ke tempat yang lebih jauh (bergantung kepada keadaan) seperti banjir, air terjun, dan habitat tikus ini.
  2. Kebanyakkan najis mengandungi kuman/ bakteria dan tikus adalah haiwan yang kotor dan harus diketahui selain tikus, kucing, anjing, babi, lembu, kambing dan juga kuda yang berpenyakit juga menyebarkan penyakit . Spesies tikus yang berbeza mempunyai penyakit bawaan yang berbeza, kaitannya adalah-> habitat ia tinggal.
  3. Kencing tikus berpenyakit terkandung bakteria Leptospira yang menyebabkan penyakit Leptospirosis.
  4. Kencing tikus boleh tersejat dan kering, tetapi virus bawaan masih disitu!
  5. Sesetengah reaksi terkena kencing tikus mempunyai kesan jangka panjang dan jangka pendek.



Mengapa mudah terkena penyakit bawaan ini sekiranya luka?

Situasi ; 1) Banjir 2) Tikus berpenyakit kencing ataupun tikus berpenyakit mati dan virus tersebut larut dalam air banjir 3) Anda terluka dan terdedah tanpa dibalut.

Sekiranya anda luka, satu bukaan/ laluan masuk/keluar ke dalam badan anda telah tersedia. Langkah paling selamat adalah mengelakkan daripada melalui kawasan banjir dan sekiranya terpaksa, anda perlu balut luka dengan kaedah yang betul dan selamat. Ambil langkah utama ini kerana walaupun ada air masuk kedalam balutan, tetapi kandungan virus yang terlalu sedikit tidak akan memudaratkan manusia kerana ada antibodi.

Antara cara anda boleh terkena Kencing Tikus;


  1. Tertelan air (kebiasaannya mandi di air terjun). Mungkin lokasi anda mandi itu sangat kotor dan mengundang banyak tikus yang berpenyakit tinggal berhampiran.
  2. Makan makanan yang dikencing tikus. (Contohnya; Minum secara terus menggunakan tin air berkabonat serta tin tersebut sudah terkena kencing tikus)
  3. Menyentuh tempat yang terkena najis tikus (kencing atau tahi) tanpa sarung tangan dan tidak mencuci tangan.(Contohnya; Memegang tanah kering yang terkena kencing tikus dan menyapu tangan ditempat yang memudahkan virus masuk, seperti mulut dan lubang hidung kerana ianya mengandungi mukus.)
Simptom terkena Penyakit Kencing Tikus;

Gejala awal penyakit ini adalah kerana reaksi badan yang terkena virus. Jadi pesakit akan merasai bersin teruk @ pening@ demam panas @ selesema @  sakit urat/badan/perut @ muntah-muntah @ kulit kekuningan @ kencing kehitaman seperti teh'O pekat.

Rawatan; 

Bawalah segera berjumpa doktor dan rawatan segera seperti antibiotik atau penisilin(sejenis antibiotik) akan diberikan.

Rawatan segera semasa peringkat awal amat-amat disarankan kerana virus bawaan ini sangat cepat menyerang kebahagian badan yang utama. Kebiasaannya, virus akan menyerang buah pinggang, kemudian hati dan kemudian apabila virus semakin banyak, pesakit akan sesak nafas (menyerang jantung). 

Langkah Pencegahan?

Terdapat banyak langkah pencegahan yang boleh diaplikasikan sekiranya kita faham kaedah penyebaran penyakit ini. Antara yang mudah ialah, 
  1. Cuci tangan sebelum makan, 
  2. Cuci buah-buahan atau apa juga makanan sebelum makan. 
  3. Sentiasa memastikan kawasan sekitaran anda bersih dan tidak mengundang tikus.
  4. Elakkan daripada menyentuh barang kotor tanpa menggunakan sarung tangan kemungkinan anda boleh terluka semasa memegang barang kotor itu!
  5. Doxycycline boleh digunakan bagi menghalang jangkitan bagi pengembara ke kawasan berisiko tinggi.
  6. Think like the rat.


Sekian saja saya meringkaskan berkenaan Kencing Tikus ini, (walaupun rujukan saya hanyalah dihadapan monitor ini juga hendaknya).