Selamat Sejahtera dan Have A Good Day,
Walau apa juga situasi anda ketika ini, yang pastinya perlukan input I.L.M.U.
Kencing tikus ataupun dalam English -> Rat-Borne Desease.(Penyakit bawaan tikus)
Apa yang ditakuti dengan kencing tikus?
Mengapa mudah terkena penyakit bawaan ini sekiranya luka?
Situasi ; 1) Banjir 2) Tikus berpenyakit kencing ataupun tikus berpenyakit mati dan virus tersebut larut dalam air banjir 3) Anda terluka dan terdedah tanpa dibalut.
Sekiranya anda luka, satu bukaan/ laluan masuk/keluar ke dalam badan anda telah tersedia. Langkah paling selamat adalah mengelakkan daripada melalui kawasan banjir dan sekiranya terpaksa, anda perlu balut luka dengan kaedah yang betul dan selamat. Ambil langkah utama ini kerana walaupun ada air masuk kedalam balutan, tetapi kandungan virus yang terlalu sedikit tidak akan memudaratkan manusia kerana ada antibodi.
Antara cara anda boleh terkena Kencing Tikus;
Sekian saja saya meringkaskan berkenaan Kencing Tikus ini, (walaupun rujukan saya hanyalah dihadapan monitor ini juga hendaknya).
Walau apa juga situasi anda ketika ini, yang pastinya perlukan input I.L.M.U.
Kencing tikus ataupun dalam English -> Rat-Borne Desease.(Penyakit bawaan tikus)
- Kencing itu hanyalah medium untuk penyebaran penyakit. tikus dan sebenarnya ada pelbagai cara lain seperti menghidu najis tikus, terkena bangkai tikus yang berpenyakit, bahkan sekiranya terkena bulunya juga boleh menyebabkan kulit gatal-gatal.
Apa yang ditakuti dengan kencing tikus?
- Kencing adalah berbentuk cecair dan membolehkan ia larut dan mengalir ke tempat yang lebih jauh (bergantung kepada keadaan) seperti banjir, air terjun, dan habitat tikus ini.
- Kebanyakkan najis mengandungi kuman/ bakteria dan tikus adalah haiwan yang kotor dan harus diketahui selain tikus, kucing, anjing, babi, lembu, kambing dan juga kuda yang berpenyakit juga menyebarkan penyakit . Spesies tikus yang berbeza mempunyai penyakit bawaan yang berbeza, kaitannya adalah-> habitat ia tinggal.
- Kencing tikus berpenyakit terkandung bakteria Leptospira yang menyebabkan penyakit Leptospirosis.
- Kencing tikus boleh tersejat dan kering, tetapi virus bawaan masih disitu!
- Sesetengah reaksi terkena kencing tikus mempunyai kesan jangka panjang dan jangka pendek.
Mengapa mudah terkena penyakit bawaan ini sekiranya luka?
Situasi ; 1) Banjir 2) Tikus berpenyakit kencing ataupun tikus berpenyakit mati dan virus tersebut larut dalam air banjir 3) Anda terluka dan terdedah tanpa dibalut.
Sekiranya anda luka, satu bukaan/ laluan masuk/keluar ke dalam badan anda telah tersedia. Langkah paling selamat adalah mengelakkan daripada melalui kawasan banjir dan sekiranya terpaksa, anda perlu balut luka dengan kaedah yang betul dan selamat. Ambil langkah utama ini kerana walaupun ada air masuk kedalam balutan, tetapi kandungan virus yang terlalu sedikit tidak akan memudaratkan manusia kerana ada antibodi.
Antara cara anda boleh terkena Kencing Tikus;
- Tertelan air (kebiasaannya mandi di air terjun). Mungkin lokasi anda mandi itu sangat kotor dan mengundang banyak tikus yang berpenyakit tinggal berhampiran.
- Makan makanan yang dikencing tikus. (Contohnya; Minum secara terus menggunakan tin air berkabonat serta tin tersebut sudah terkena kencing tikus)
- Menyentuh tempat yang terkena najis tikus (kencing atau tahi) tanpa sarung tangan dan tidak mencuci tangan.(Contohnya; Memegang tanah kering yang terkena kencing tikus dan menyapu tangan ditempat yang memudahkan virus masuk, seperti mulut dan lubang hidung kerana ianya mengandungi mukus.)
Simptom terkena Penyakit Kencing Tikus;
Gejala awal penyakit ini adalah kerana reaksi badan yang terkena virus. Jadi pesakit akan merasai bersin teruk @ pening@ demam panas @ selesema @ sakit urat/badan/perut @ muntah-muntah @ kulit kekuningan @ kencing kehitaman seperti teh'O pekat.
Rawatan;
Bawalah segera berjumpa doktor dan rawatan segera seperti antibiotik atau penisilin(sejenis antibiotik) akan diberikan.
Rawatan segera semasa peringkat awal amat-amat disarankan kerana virus bawaan ini sangat cepat menyerang kebahagian badan yang utama. Kebiasaannya, virus akan menyerang buah pinggang, kemudian hati dan kemudian apabila virus semakin banyak, pesakit akan sesak nafas (menyerang jantung).
Langkah Pencegahan?
Terdapat banyak langkah pencegahan yang boleh diaplikasikan sekiranya kita faham kaedah penyebaran penyakit ini. Antara yang mudah ialah,
- Cuci tangan sebelum makan,
- Cuci buah-buahan atau apa juga makanan sebelum makan.
- Sentiasa memastikan kawasan sekitaran anda bersih dan tidak mengundang tikus.
- Elakkan daripada menyentuh barang kotor tanpa menggunakan sarung tangan kemungkinan anda boleh terluka semasa memegang barang kotor itu!
- Doxycycline boleh digunakan bagi menghalang jangkitan bagi pengembara ke kawasan berisiko tinggi.
- Think like the rat.
Sekian saja saya meringkaskan berkenaan Kencing Tikus ini, (walaupun rujukan saya hanyalah dihadapan monitor ini juga hendaknya).
No comments:
Post a Comment