Friday, January 23, 2015

KENALI DIRI

Percaya atau tidak mengenal diri ini boleh membawa kita melangkah ke dunia sebenar, secara ilmiah mahupun secara batin. Kedua-dua ini boleh digarap sekiranya bertemu dengan guru yang betul. Secara intro ingin saya membayangkan kenali diri ini juga bermaksud kenali potensi diri.

Sebelum didatangkan ke dunia lagi, catatan perjalanan hidup kita telah tertulis, namun setelah terlepas genggaman semasa bayi, semua manusia akan melupakan semua perkara yang telah dipesan, namun yang tinggal hanyalah fitrah. Fitrahnya manusia begini..begitu...dan lain-lain.

Terdapat amalan baik yang boleh diamalkan supaya hati kita sentiasa bersih dan telus pandangan tanpa gangguan kepada benda-benda yang tidak berfaedah contohnya seperti berzikir, bersholawat, dan berpuasa.

Ibu bapa pencorak anak-anak. 

Mari kita rasai sedikit situasi anak-anak yang tidak berkesempatan untuk bertemu apalagi menerima didikan awal daripada manusia yang bergelar ibu dan ayah. Adakah? Bagaimanakah? Banyak persoalan yang  menjadi tanda tanya. Jadi sekiranya anda adalah seorang ibu atau ayah, marilah kita memberikan pendidikan yang baik (bukan bermaksud mahal) kepada anugerah Allah yang telah diamanahkan ini dengan sebaiknya, dan ingatlah pendidikan yang paling berkesan adalah melalui contoh atau tauladan.(kerana anak-anak sentiasa memerhati, merekod, dan juga menganalisis setiap perkara yang mereka jalani semasa tinggal dengan anda)

Tetapi seawal usia ini, sekiranya terjaga peribadi, dengan izin-Nya jugalah, anak-anak ini akan membesar dengan warna-warna pelangi.

Psikologi manusia.

Nampaknya semua perkara memang ada tujuan dan matlamat. Allah telah memberi jalan supaya kita sedar atau boleh kembali kepadaNya. Bukan kerana kasih-sayang tidak dicurahkan menjadikan seorang anak menderhaka, dan juga bukan kekerasan yang menyekat seorang dari berjaya. Ada antara kita yang merasakan tidak sempurna atau merasa kurang berbanding orang lain, tetapi yakinlah, semua makhluk ada kelebihan masing-masing. Kembali kepada fitrah kerana itu yang telah dijanjikan.

Dibawah adalah contoh ujian psikologi yang membolehkan kita mengenal tingkahlaku sendiri. Ianya melibatkan soalan mengenai bagaimana cara kita bertindak, berfikir dan membuat keputusan.

Ujian personality

Setelah anda berjaya mengenal sebahagian daripada diri anda, langkah seterusnya pastilah mengilap bakat. Sekiranya bakat ini telah dikenalpasti sejak awal usia, mungkin ketika kanak-kanak lagi, contohnya berlakon, menyanyi, bermain alat muzik tetapi masih belum terlambat lagi untuk mengorak langkah walupun mungkin ada antaranya yang sudahpun bekerjaya.

Ini antara saranan berdasarkan kajian ujian personality yang telah anda cuba diatas.
Kerjaya yang sesuai dengan Personaliti anda

Diri sendiri sebaik-baik pemimpin.

Dengan perkembangan ilmu, kita telah dilorongkan untuk mempelajari suatu ilmu secara khusus dan mendalam. Ada kebaikan dan ada keburukkannya, contohnya;
1) Seorang itu akan menjadi pakar kerana beliau khusus untuk sesuatu bab.
2) Sekiranya tidak terdorong untuk ambil tahu, pakar tadi akan lemah dibidang yang lain.
tidak perlu dihurai panjang kerana mungkin cetusan ini membawa anda kepada contoh-contoh lain.

Seorang yang dikurniakan dengan banyak bakat sangat kurang didengari. Bahkan sekiranya dipaksa, akhirnya akan memakan diri. Buka tangan dan lihat 5 jari yang ada. Setiap satu membawa maksud berlainan apabila ia ditunjukkan sebagai isyarat. Meriah bermasyarakat ialah apabila hidup ini lengkap dengan rakan taulan yang berbeza personaliti.

Seperti jari tangan tadi, sekiranya disatukan ianya akan nampak gagah.

Kenali diri anda, DIMANA kekuatan anda. Serlahkan dan gilap sehingga membawa kearah kejayaan. Evolusi pendidikan memudahkan lagi proses kenal diri ini dimana ada antara servis yang disediakan bermula seawal usia bayi. Sistem pembelajaran juga membolehkan anak-anak mengetahui ke arah manakah mereka patut pergi. Semasa ini, banyak kajian-kajian sudah menjadi Public Domain dan boleh menjadi rujukan kepada ibubapa.

Kesimpulannya, semua orang boleh berjaya menggunakan potensi diri masing-masing untuk berjaya.

Dibawah adalah contoh orang yang paling berpengaruh di dunia.
Senarai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia


Ada antara orang yang berjaya tadi dianggap tidak siuman kerana cuba menghasilkan suatu yang berbeza. Tetapi kegilaan tersebut dapat ditukar dengan kejayaan yang sangat membanggakan.






No comments:

Post a Comment